Tuesday, March 5, 2013

2 in 1

2 in 1 sebab dah lama ummi tak update blog ni.. ummi kan bz... hhehehe... ummi ada 2 story untuk di ceritakan kat blog ummi ni...

First Story : CERITA TENTANG PART TIME UMMI... :-)

hepi... Alhamdullillah.... baju yang perlu disiapkan sblm 2hb, dah selesai and tuan punya baju pun suka dengan hasil jahitan ummi... :-)

sedih... baju yang perlu disiapkan sblm 28hb, kena 'oter' kainnyer... huhuhu... ummi tak tau mcm mana nak amik baju yang kainnya berkaki untuk orang yang bersaiz besar... kain tu ketat kat bahagian punggong... opah ckp, mmg klu kain yang berkaki takkan cukup utk org yg bersaiz besar... sian kat mak chah sbb tak dpt pakai baju utk kenduri.... pas ni, ummi kena oter kain mak chah tu...

Second Story : CERITA TENTANG OPAH YANG....

Alhamdullillah, opah yang telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.2kg secara pembedahan pada 28 Februari 2013 yg lalu...

malangnya, baby girl opah yang terpaksa ditahan di NICU (kalau tak salah ummi lah...) sbb dia dilahirkan dengan beberapa masalah...

1. Air dalam kepala - penyelesaiannya : dibedah dan dimasukkan tiub untuk mengeluarkan air dari kepala.. pembedahan selamat dilakukan pada hari jumaat iaitu sehari selepas baby dilahirkan.

2. kulit bahagian belakang tidak bercantum dgn sempurna : penyelesaiannya :- perlu dilakukan pembedahan bagi menampal bahagian yg nipis tersebut.. pembedahan dilakukan pada hari yg sama.

3. bahagian tapak kaki yg membengkok serta kegagalan kaki berfungsi -  masih lagi belum diambil tindakan kerana baby masih diwad Neurology..

semua maklumat diatas adalah dari ayah baby.. suami opah yang... 

ummi dan ahli keluarga yang lain masih belum berkesempatan untuk melihat wajah baby hinggalah sekarang... menurut kata opah yang, baby berkulit putih, badannya gebu, rambutnya hitam lebat, matanya sepet n hidungnya penyek mcm hidung opah yang.. :-)

buat masa ini, kami semua cuba untuk menghiburkan opah yang agar beliau tidak terlalu ingat pada baby nya tinggal di hospital dibawah pengawasan doktor2 pakar.. 

kalau dikenangkan.. sedih rasanyer.. kesiankan baby... kesian pada opah yang..  menurut kata doktor pakar, kemungkinan besar, sekiranya baby mampu bertahan, dia akan terlantar seumur hidup.. Nauzubillah... walaubagaimanapun, ummi sentiasa berdoa agar Allah memberikan yang terbaik utk opah yang...

andai ditakdirkan baby mampu bertahan, alhamdullillah... jika tidak... ummi yakin opah yang dan atuk yang akan redha memandangkan keadaan baby tu...

apa2 pun, untuk sesiapa yang membaca... mohon doakan yang terbaik untuk baby yang masih belum diberi nama sbb masing2 berebut nak bagi nama... adik Ammar nak letak SOFEA, kakak farihah suka QALISHA, ummi kata, suma anak opah yang ada NURUL, so jadilah NURUL SOFEA QALISHA... BUT... atuk yang kata, ikut kata Jannah, anak no 2 opah yang... :-)

InshaAllah, ummi akan update berita terkini tentang baby...


No comments:

Post a Comment