Sunday, March 24, 2013

Baby - Akhirnya

Lebih kurang jam 11.15 mlm hari jumaat yang lalu (22 Mac 2013) baby Nurul Ainol Fatihah telah kembali kepada Penciptanya. Ummi mendapat berita drpd opah pada pukul 11.45 malam. Beliau menghembuskan nafasnya setelah, pihak hospital menukar saiz oksigen pada pukul 7.00 mlm hari yang sama. Beberapa masalah dalaman yang para doktor tak dapat nak tolong selesaikan kerana ianya berada diluar kemampuan mereka maka satu keputusan terpaksa dibuat.... sekiranya pihak keluarga ingin meneruskan juga, baby terpaksa bergantung kepada oksigen sepanjang hayatnya...

Ummi sempat pulang ke kampung untuk melawat baby dan opah yang. Alhamdullillah, ummi diberi kesempatan untuk menatap wajah comel Nurul Ainol Fatihah walau tnpa senyuman di wajahnya... Alhamdullillah... Opah Yang dan Atuk Yang redha dengan ketentuan Allah.

Al-fatihah untuk adik Nurul Ainol Fatihah binti Mohd Sallehuddin.. Anak kedua Opah Yang setelah mendirikan rumah tangga selama 22 tahun...

No comments:

Post a Comment